Tuesday, September 25, 2012

Full Episode Drama Adam&Hawa

Salam..hai korang!


Ha dengar tak suara yang mendayu2 kat blog aku ni,aku yakin mesti dah ramai yang tahu,tapi pada yang tak tahu meh aku bagitau.ni adalah OST drama yang tengah meletop sekarang iaitu ADAM&HAWA.Tajuk dia MUARA HATI.Nyanyian Dato Siti NurHaliza dan Hafiz Af.Drama ni diadaptasi dari novel terkenal karya Aisya Sofea dan disiarkan disaluran astro mustikaHD pada hari isnin hingga khamis jam 9malam bermula pada 27 ogos 2012 yang lepas.



SINOPSIS Drama Adam & Hawa:

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

p/s:Credit to ezany-kun





Sunday, September 23, 2012

Taman Botani

Salam..hello!!
wah malam ni saja aku da wat 2 entry.Td aku cerita pasal Trip To Mersing,sekarang aku nak cerita pasal aku pergi mana semalam.ala tak jauh mana pun,area BP juga.pernah dengar SRI MEDAN x?ha aku selalu dengar tapi baru semalam aku pergi.hehe..malu je baru first time pergi :p.Apa ada kat sana,cuma sebuah pekan kecil aje,tapi apa yang menarik kat sana?kat sana ada Taman Botani.Cantik sangat.jakun lah jugak,banyak pasangan pengantin yang photoshoot kat sana sebab ada tasik.indah sangat pemandangannyer. 





 Tengok la background pic aku dengan encik Hubby ni,cantik tak,besar tau tasik ni,lepas tu banyak ikan besar2,ramai lah yang kaki pancing kat sini.
Haha tengok tiga orang dara pingitan duduk ditepi tasiksambil wt muke comel
*yang depan tu comel ke -,-"
 Nampak tak pantulan matahari kat air tu,masa nie time2 matahari nk terbenam,cantik kan? :)



empat jejaka yang tak berapa nak segak yang berdiri membelakangi tasik.SEMUA HOTSTUFF!!
(radhi,nafis,am,faizal)
 We Are Triples couples,first stage (radhi&mira),middle stage(me&en,hubby) and top stage(am&fatin).
haha,saja suke2..chill k,jgn jeles.
when we are together <3
credit to faizal sebab da bawak kiteorang kat tempat cantik ni.
Thanks a lot ya!





Trip to Mersing

Salam,hai....
saja bosan2 so aku nak hupdate blog lah malam ni,story2 memang lah bnyak tapi mls je nak cerita kat korang.tapi da blog ni function tok ditulis so aq share2 la.hehe..apalah aku menyahnyah kan.pendekkan cerita nak story pasal TRAVELING to MERSING anjuran my hubby.hehe.travel lah sgt kn,ni ala konvoi2 motor dan kereta budak2 KPTM.



3 gambar diatas adalah  mereka2 yang sertai konvoi ini,sebenarnya ramai lagi,tapi ada yang belom bangun tidor dan buat benda lain.hehe..sem4 ada sem 5 pun ada.meriah kan :).nampak tak pic kedua tu ada aku.perasan tak??hahaha


haaaaaaaa..nilah antara kenderaan yang telah menjayakan konvoi ini.korang memang superb la.dari 2lejang dan 4lejang,skuter pn sampai beb..dari kancil smpai wira..


nampak.?!oke kami aje kaum wanita yang pergi.actually ada sorang lagi,tapi xberapa sehat..memang layak sangat kan jadi model motor,sweet tak?sweet tak?*ala ala gedik mintak penampar.

apa aktiviti kiteorang buat?aktiviti kuak lentang..haha,aktiviti bebas,ikot suke nk wt apa,tapi ap yang best kiteorang men kayak,mandi pantai,bbq n sesi bergambar mcm ni.chalet pn TERBAIK!!ada astro beyond*tu pn nk cite...kuikuikui

ok thats all for this entry.bye bye bye :D





Tuesday, September 18, 2012

Masa Hadapan

assalamualaikum..hampir pukul 2pagi memang masa yang sesuai untuk umat manusia merehatkan badan menyimpan  tenaga untuk hari esok dan aku pula pada saat ini terasa ingin menaip untuk meluahkan apa yang sedang bermain diminda.apa yang sedang bermain diminda aku??sesuatu yang setiap orang tidak akan tahu iaitu MASA HADAPAN.


Sudah hampir tiga tahun aku meninggalkan alam persekolahan dan tipu jika aku tidak rindu detik2 itu.bersuka ria bersama teman2,tidak bekerja,tiada masalah,hanya cuba membina masa hadapan diatas sekeping kertas.dan benar, sekeping kertas itu membawa sebahagian daripada kami kepucak kejayaan.
masa berlalu dengan pantas,pejam celik hampir 3tahun meninggalkan alam persekolahan dan terbukti banyak perubahan yang drastik dan kadang kala aku tidak boleh terima.


Dan sekarang aku hampir menamatkan semester 5 aku dikolej dan bakal menjalani latihan industri.apa yang berlaku kepada aku selepas itu?menjadi seorang programmer yang hebat?macam samar2 jek..penganggur bertauliah??macam jelas kelihatan..masih buntu untuk menentukan hala tuju hidup sendiri.di sudut hati kecil aku ni,timbul rasa cemburu dengan rakan2 seangkatan dengan aku yang terang lagi disuluh masa hadapannya..ramai yang akan jadi future teachers,sejuk mak korang mengandungkan bakal guru kan.future artist.take note!bkn penyanyi tapi seniman yang cintakan seni sama seperti aku tapi cuma aku berhenti ditengah jalan.how sad kan?.ramai juga rakan2 ku terutama perempuan yang sudah mengikat tali pertunangan dan juga sudahpun berumah tangga,aku tahu suatu hari akan tiba juga masaku dan yang pasti iainya bukan sekarang kerana aku masih mencari cahaya masa hadapan ku untuk dibekalkan pada masa tua dan juga ibubapa ku yang tercinta.


Aku tahu aku tidak layak untuk menjadi seorang guru,seniman,ataupun pegawai bank tapi aku akan pastikan masa hadapan aku adalah yang terbaik untuk diri aku sendiri dan orang yang aku sayang.dan aku akan berusaha untuk itu!.aku berdoa agar ALLAH s.w.t akan memberikan yang terbaik untuk umatnya yang hina ini.


Sedang sibuk memikirkan masa hadapan aku teringat pada rakan karib ku yang sudah kembali kepada maha pencipta yang pasti aku juga akan merasa cuma masa juga yang akan menetukan segalanya.Disini aku titipkan AL-FATIHAH kepada mohd fahmi b.abd razak,semoga rohnya akan dicucuri rahmat.amin.