Monday, September 16, 2013

aku kerja apa sekarang?

ASSALAMUALAIKUM.
Hai peeps long time no see right.Entry sebelum ni aku cerita pasal tamat belajar and me as penganggur bertauliah, sekarang aku dah kerja. tapi kerja sementara saja dari aku duk membusuk dekat rumah ni..hehe.ala kerja tak hebat mana pun. jadi sales assistant je dekat greenpoint. korang jangan lah pandang aku atas bawah atas bawah wei. salah ka orang ada diploma kerja serve macam tu.

bulan sembilan ni semua da sibuk sambung belajar,masuk semester baru,sambung degree master phd pdi fbi dr ri abcdef jadah tu semua kan.so congrats untuk korang. aku rasa aku belajar takat ni ja la.nak cari kerja tetap lepas tu nak paksa mamat penang aku masuk meminang. aku gatal?? memang pong.dah tak bleh wt ap da.hehe














Friday, July 19, 2013

Cakap Dengan Cermin

Assalamualaikum viewers...Ada lagi ka viewers??.Dah nak setahun tak buka blog ni.ha hambik bukan da besawang lagi tikus pun da ada tujuh keturun kot membiak dalam ni.hihi...tak apa lah celoteh sorang2 pun boleh..ibarat cakap dengan cermin.


Nak tulis entry pasal apa pn tak tahu dah..8 bulan tak menulis tak bermakna tiada apa2 berlaku.mungkin tahun ni bukan lah tahun yang terbaik bagi aku,tapi tak apa lah mungkin ujian allah untuk aku sentiasa mengingatinya..ALLAH...Dugaan bermacam macam tapi biar family aku ja tahu.
eh..ehh.Tapi ada cita gembira apa .takkan nak menangis ja..setelah 3tahun aku menguli,aku mengadun dan membakar akhirnya siap sudah sebiji kek bernama DIPLOMA.Yeah yeah yeah...tapi baru tamat ja..konvo blum pun.kikiki -_-!

Hmm..Rasanya belum lambat lagi kut nak ucap SELAMAT BERPUASA..da hampir dua minggu kan..pejam celik nanti da nak raya..SELAMAT HARI RAYA.cehh ni namanya jimat entry tahap haji bakhil.


Oleh kerana aku baru saja tamat belajar,aku secara rasmi telah diktiraf sebagai penanam anggur berjaya.so duduk rumah tunggu anggur bertukar jadi duit.memang tak lah kan .hahaha.nak tunggu Mamat penang masuk meminang??haih korang tak tahu ke dia lah ceo company penanam anggur berjaya.lawak2.kah kah kah..xpela aku gelak sorang2..oleh kerana tak bekerja jadi tak dapatlah aku nak melaram tahun ni.tak apa lah.bukan rezeki aku.cehh buat ayat drama pasrah plakkan.puihh..!!

dah ni je kot aku nak tulis.sambung lenkali.time to makeup balik blog aku :)













Friday, November 16, 2012

I'm single now but not available!



salam,


mimpi ngeri dah jadi nyata,hari yang selama ni aku takutkan dah pun menjelma.
tepat pukul 11malam tadi dia telefon dan mengatakan dah sampai penang.apa??!!dah sampai penang pun.bermakna im single right now, but not available ok!!.so sekarang kami tengah menjalan kan hubungan jarak jauh.serius aku tak suke hubungan macam ni.tapi aku sayang dia sangat dan aku akan berusaha untuk kekalkan hubungan ini.

sedih??bodo ke apa??ofcoz aku sedih dah nak gila,lepas ni akan bertukar rutin,makan dah tak dengan dia,shopping dengan mak jelah kot,nak kata ada kawan suma dah tak ada,sekarang duduk  rumah mak je mybe tu akan menyenangkan sikit untuk aku terima hakikat dia dah jauh dari aku.
taklah rasa sunyikan.hmm

sumpah aku tak penah lupakan dia,kalau dulu phone sepah2 je sebab dia always dekat dengan aku,tapi sekarang phone always ditangan untuk menantikan panggilan dari dia,sekeping mesej pun dah memandai untuk buatkan hati aku berbunga :) .bila duduk sorang2 mula teringat setiap kenangan dengan dia and dengan sedirinya airmata aku akan mengalir.aku gembeng??suka
hati aku lah!!aku yang rasa semua ni,sorang2 pulak tu.

yeah!!fighting2!!bukan nak gaduh lah,tengah berusaha tempuh dugaan ni.haha.even dia jauh tak semestinya aku kena bersedih 24jam macam mati laki,dia suruh aku belajar hidup berjauhan dan aku sedang berusahalah ni.!Harap dia tak sia2 kan aku kat sini yang sedang setia menanti kedatangan dia.

p/s:untuk awak honey saya ada surprise bila kita jumpa nanti :)

LotOfLove,eiyba.




Friday, November 9, 2012

Istanbul Aku Datang !

salam
malam ni best sangat sebab habiskan masa dengan my sweetheart . jalan jalan,karaoke,makan kfc and the best part is kitaorang pergi tengok wayang . macamlah aku tak pernah pergi tengok wayang dengan diakan siap jadi the best part lagi.mestilah best sebab kitaorang tak tengok cerita hantu kali ni macam minggu lepas tapi tengok cerita ROMANTIK.wah bestnye2!!

Yup! kitaorang tengok Istanbul Aku Datang .Pada mulanya aku tak teringin pun tengok cerita tu sebab sebab sebab ... sebab apa ekk??ha sebab aku tak tetarik sangat dengan tajuk cerita tu.hehehe jangan marah ye ..tapi housemate aku sibuk sangat nak tengok cerita ni , aku pun pujuklah my sweetheart and yes berhasil dan kitaorang tengok sama2.


Mula cerita je aku dah tertarik sebab lisa surihani pandai memainkan watak dia,seorang yang gedik,periang,and independent.she look very gorgeous ,macam amoyy korea,rambut dia,dress dia,hill dia colouring serius aku suka .apa yang menarik lagi pasal cerita ni jalan cerita dia yang sama macam aku , couple duduk jauh dan kesetian mereka diuji.ahh takut pula nak bagi my sweetheart tinggal jauh dari aku...ooppss tersimpang cerita lain pulak.selain itu serius ISTANBUL memang cantik.tu yang buat cerita ni menarik.naik scooter round banda itu sangat2 lah romantik!pun macam aku dengan my sweetheart juga.hahaha
Dah tengok cerita romantik macam ni mula lah aku berangan nak pergi istanbul juga..halahalala
aku berangan aje lah.tupun tak boleh ..:P
tapi ni cerita romantik terbaik bagi aku.aku tak tahu nak cakap betapa bestnyer cerita ni bagi aku.nanti korang tengok sendiri dan judge sendiri ok!
5star untuk ISTANBUL AKU DATANG.!






Friday, November 2, 2012

Menghitung Hari

Salam,
Hari ni da masok bulan baru bermakna bulan terakhir aku kat KPTMBP,and thats mean sem
terakhir kat sini , tahun dpn aku dah mula praktikal kat tempat aku . minggu ni juga adalah minggu 
final exam aku kat sini . the last final exam.Bunyi macam best kan,yela siapa tak suka,kita dah tamat belajar.tapi dalam happy tu ada sedihnya.kawan2,rumah sewa,lepas ni dah xada dah.semua buat haluan masing.


The worst thing dan mimpi ngeri aku selama ni semakin hampir menjadi kenyataan.susahkan bila dapat teman lelaki orang jauh ni.Dekat sini bolehlah always together,macam magnet kata orang,makan bersama,jalan bersama, study bersama,suka duka susah senang bergaduh  bergurau.dah menjadi kebiasaan kot.i really need HIM!!. Tapi lepas ni dah tak ada semua tu .
kami akan berpisah untuk jarak yang jauh.



Utara dan Selatan, tulah jarak kami lepas ni.kalo sekarang ni semua benda buat berdua,lepas ni semua benda aku akan buat sorang2.balik ke tempat asal aku yang dulu2 :( .. kalaulah korang paham apa yang aku rasa,betapa sedihnyer hati aku ni .tiap malam aku akan menangis memikirkan benda ni,bila bangun pagi bermakna akan dekat dengan hari perpisahan kitaorang.Banyak couple lain kat sini tapi pasangan masing2 taklah sejauh aku,dan dorang semua ambil keputusan practical tempat yang sama.kalau jumpa couple lain dorang mesti cakap aku relax aje kan berjauh ngn dia,hakikatnya aku tak cukup kuat untuk hal ni.



kalau lah dia rasa apa yang aku rasa sekarang ni mesti dia tak akan tinggal kan aku.tapi siapa tak rindu kampung halaman sendiri kan,dan aku tahu PENANG adalah segalanya bagi dia.dia bukan hak aku sorang,family dan kawan2 dia pun berhak juga,walau berat hati ini nk lepaskan dia tapi aku 
rela kalau tu takdirnya.Lepas ni tak tahu bila akan berjumpa balik,orang lain menanti kepulangan orang tersayang,aku hanya mampu berharap kalau ada JODOH pasti kami akan bertemu kembali.
AAARRGGHHH!!! entry ni wat aku menagis sendiri lah!










Thursday, October 4, 2012

Holiday!

Salam.
hai hai hai!
entry kali ni pn aku nak cerita kemana aku telah pergi minggu lepas.
syok,gembira and happy sangat2 tau.
apa yang best tentang trip kali ni?mesti lah best dapat jalan dengan family and my sweetheart
bukan senang ok kitaorang nak bercuti sama2.sebenarnya trip ni tak dirancang sangat pun.plan asal nya 
cuma nak hantar rombongan pengatin kakak aku kerumah suami dia dekat KL.
kiraorang gerak dari pontian hari jumaat ptg,malam dah sampai KL,tidorlah 1mlm kt homestay,


Majlis pada hari sabtu 29/9/12.
nilah kakak aku dengan suami dia aka abang ipar aku.
duduk KL tapi ada lah sikit adat minang.
orang negori kaww..


After selesai majlis,dengan berbaju kurung terus gerak ke cameron highlands
tinggallah kakak aku kat rumah suami dia,haha.
tak plan sangat pun tapi alhamdulillah jadi jugak.
CAMERON im coming!




Kami pandu MYVI aje,so penumpang nyer pn kecik2 aje,
dua2 ni adik aku,sedap je dorang tidur kat belakang
aku juga kena besengkang mata teman kan driver.
@_@


Oleh kerana tak dibenarkan tidur,so keje aku
SNAP!SNAP!
xpn aku akan kacau encik driver tu.hehehe


YEAH!
kita dah sampai cameron highlands.
ni kali kedua aku sampai kat tempat ni.
sampai2 aje da malam,so cuace dia memang sejuk
tapi serius best :)
ni kat kedai makan,maklum la pagi td makan nasi kawin jek
hehehe
(aku,abby,eppa)


haha,ni encik driver dah kepenatan,
tengok mata dah tau,mana tak nyer
dok men class je na naik bukit,dalam kereta aku jela kena dengar sumpah
seranah dia ni.hihihi.

lepas je makan,kita orang terus aje pergi apartment yang di booked awal2.
jangan cakap lah,serius satu family penat.apa yang lain nya malam kat sana dengan 
kat johor adalah suhu.sejuk mak aih,boleh jadi udang kering beb.
no need fan,no need aircond.


malam tu,encik driver boleh pulak kua senyap dengan my uncle,
dan balik aje dia bawa balik berry2 ni untuk aku.best sangat2 taw,
tidur best je dapat peluk berry2,thanks sweetheart :)

pagi tu after breakfast,kitaorang mula kan jelajah cameron.
tempat first adalah pasar pagi,mcm2 sourvenir ada.lepas da beli buah tangan
kitaorang pergi strawberry farm.petik strawberry konon nyer..
tapi last2 beli strawberry packet jugak.
yang kat atas ni semua adik2 sedara aku,ramai kan.

lepas da gi strawberry farm singgah pulak BEE farm.
kat sini semua tumbuhan hidup,maklum lah,suhu baik kan.
ni dapat lah aku beli bekilo2 madu asli.
cehh xla,aku tipu jekk

tempat wajib pergi!
ladang teh boh.serius besar beb ladang ni.

tempat last skali pergi,kedai bunga ni.banyak gila bunga.sihat2 pulak tu.
apalagi,rambang mata la mak dan makcik2 aku.
yang posing maut tu mak aku la..omeyy kan dia.hahahaha


Nilah family's aku
anak sedara,mak sedara,adik sedara semua ada.
tapi ada lagi yang tak ada kat gamba ni.sebok cari parking
hehehehe.
okeyy okeyy..
bila semua dah penat,yang baca entry ni pn da penat.
apa lagi balik rumah lah..
perjalanan yang jauh tapi gembira.
bye bye!