Tuesday, September 18, 2012

Masa Hadapan

assalamualaikum..hampir pukul 2pagi memang masa yang sesuai untuk umat manusia merehatkan badan menyimpan  tenaga untuk hari esok dan aku pula pada saat ini terasa ingin menaip untuk meluahkan apa yang sedang bermain diminda.apa yang sedang bermain diminda aku??sesuatu yang setiap orang tidak akan tahu iaitu MASA HADAPAN.


Sudah hampir tiga tahun aku meninggalkan alam persekolahan dan tipu jika aku tidak rindu detik2 itu.bersuka ria bersama teman2,tidak bekerja,tiada masalah,hanya cuba membina masa hadapan diatas sekeping kertas.dan benar, sekeping kertas itu membawa sebahagian daripada kami kepucak kejayaan.
masa berlalu dengan pantas,pejam celik hampir 3tahun meninggalkan alam persekolahan dan terbukti banyak perubahan yang drastik dan kadang kala aku tidak boleh terima.


Dan sekarang aku hampir menamatkan semester 5 aku dikolej dan bakal menjalani latihan industri.apa yang berlaku kepada aku selepas itu?menjadi seorang programmer yang hebat?macam samar2 jek..penganggur bertauliah??macam jelas kelihatan..masih buntu untuk menentukan hala tuju hidup sendiri.di sudut hati kecil aku ni,timbul rasa cemburu dengan rakan2 seangkatan dengan aku yang terang lagi disuluh masa hadapannya..ramai yang akan jadi future teachers,sejuk mak korang mengandungkan bakal guru kan.future artist.take note!bkn penyanyi tapi seniman yang cintakan seni sama seperti aku tapi cuma aku berhenti ditengah jalan.how sad kan?.ramai juga rakan2 ku terutama perempuan yang sudah mengikat tali pertunangan dan juga sudahpun berumah tangga,aku tahu suatu hari akan tiba juga masaku dan yang pasti iainya bukan sekarang kerana aku masih mencari cahaya masa hadapan ku untuk dibekalkan pada masa tua dan juga ibubapa ku yang tercinta.


Aku tahu aku tidak layak untuk menjadi seorang guru,seniman,ataupun pegawai bank tapi aku akan pastikan masa hadapan aku adalah yang terbaik untuk diri aku sendiri dan orang yang aku sayang.dan aku akan berusaha untuk itu!.aku berdoa agar ALLAH s.w.t akan memberikan yang terbaik untuk umatnya yang hina ini.


Sedang sibuk memikirkan masa hadapan aku teringat pada rakan karib ku yang sudah kembali kepada maha pencipta yang pasti aku juga akan merasa cuma masa juga yang akan menetukan segalanya.Disini aku titipkan AL-FATIHAH kepada mohd fahmi b.abd razak,semoga rohnya akan dicucuri rahmat.amin.





No comments:

Post a Comment