Tuesday, September 25, 2012

Full Episode Drama Adam&Hawa

Salam..hai korang!


Ha dengar tak suara yang mendayu2 kat blog aku ni,aku yakin mesti dah ramai yang tahu,tapi pada yang tak tahu meh aku bagitau.ni adalah OST drama yang tengah meletop sekarang iaitu ADAM&HAWA.Tajuk dia MUARA HATI.Nyanyian Dato Siti NurHaliza dan Hafiz Af.Drama ni diadaptasi dari novel terkenal karya Aisya Sofea dan disiarkan disaluran astro mustikaHD pada hari isnin hingga khamis jam 9malam bermula pada 27 ogos 2012 yang lepas.



SINOPSIS Drama Adam & Hawa:

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

p/s:Credit to ezany-kun





No comments:

Post a Comment