Thursday, March 15, 2012

everything is okay

salam
aku tak tahu kenapa aku rasa nak menaip,mungkin dah terlampau bosan tahap cipan kot,
malam ni aku rasa sunyi sangat,bila da sunyi +lonely ni,perasaan aku down gila,apa masalah aku pun tak sure nk ungkap kan macam mana...
hhrrmmm myb pasal dia kot,hari ni rasa something wrong about our relationship la.
mungkin perasaan aku je kot tapi enta lah,selalu kalau dy balik rumah walau pun aku da tidur,dy tetap mesej,
kalau dy bangun dari tidur pun dy akan msj aku jugak tak kesah lah dy bangun pukul 5 6 petang.tapi hari ini dy senyap aje.tak mesej aku pun,seperti couple yang lain juga la,bila pasangan nyer hendak kemana2 bagitau dulu,bukan niat aku nak mengongkong dy,aku pun melakukan perkara yg sama seperti dy,tapi tadi 
dy keluar tanpa memberitahu aku pun.

petang tadi akhir nya dy mesej aku juga,berbunga lah sekejap sebab aku fikir dy baru bangun tidur,tapi dy hanya cakap dy telah kemalangan,but bila dy boleh mesej maknanya he fine la kan..
mesej berbalas mesej tak sampai sejam he said KBYE!dy kate still at balai polis urus kan kemalangan tu,dy disaman n kereta disita cz dy memandu tanpa lesen.bz la maksudnya.
bila difikir2 kan balik kalau dy tak accident myb dy tak mesej aku pun kan..apa dy buat kat sana aku tak tahu,maklum lah dy kat utara aku ni kat selatan and lepas last mesej tu dia terus senyap,komen kat FB pun tak berbalas walau pun dy online.paling sedih harini dy tak ucap pun kata azimat tu kat aku.
aku ni pantanglah sunyi mulalah nak layan emosi menggatal teringat kat kekasih lama,benci lah macam ni

minta jauh kan lah semua tu..aku nak lupakan semua dan mula kan hidup baru ngn dy.aku harap semua ni hanya perasaan aku sahaja and esok hubungan aku dan dy akan kembali seperti biasa.insyallah <3

kek bulan lepas

salam..
ok aku nak cerita tapi malas,

so aku akan cerita secara ringkas tapi padat,
jadi xada merepek meraban disini.
(bajet je ko ni la)

aku nak story mory pasal birthday aku
bila bestday aku??bulan lepas la
(cerita da basi pun nk cakap lagi ke?)
hahaha

memang best la tahun ni,
aku sambut bestday dengan wangi nyer,
xada bau telor atau pn air longkang,
hehehehe...

mentang2 la umo aq da msok 20tahun,
so semua benda DOUBLE,
tahun ni aq sambut bestday 2x,
ngn boyfie n rakan kolej,
ngn bff n family+b0yfie aku lagi.

kek semestinyer dua biji,
itu pn pemberian insan2 yg aku sayang,

dua2 kek coklat
YUMMMY!!

(gmbr hiasan semate2,kek sebenar da habis dimkn)

tak kusangka tak ku duga
(eh menyanyah plak dy ni)
aku still dpt hadiah,
so thanks a lot la yer.

ni first time sambut birtday ngn boyfie,
thanks a lot coz buat suprise birthday,
and suprise present,
tak sangka akan dapat cincin couple
macam nak melamar, 
depan kawan2 pulak tu..
malu nyer aku.

ok tula cerita aku ringkas and padat kan

kbai <33

Friday, February 10, 2012

must know!!

PEREEMPUAN KENA TAHU!!

::seorang lelaki yang benar-benar mencintai
anda tidak akan membiarkan anda pergi
tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::


LELAKI KENA TAHU!!

::seorang wanita yang benar-benar mencintai
anda akan marah kat anda utk banyak perkara,
tetapi masih terima anda seadanya walaupun
anda telah menyakiti hatinya::








♥♥♥♥ 

Thursday, February 9, 2012

MAKAN PASIR

ASSALAMUALAIKUM


bulan 2 ni la yg aku tunggu2 kan selame ni,coz what??

sebab bulan ni lah aku dilahirkan di muka bumi ini..

thanksfull for ALLAH..hari ni ke BIRTHDAY aku??
idok aii..15 hari lagi la..nampak macam excited kan.

bukan macam tu,aku juz nak luah kan isi hati aku je.

aku tak harap apa2 pun untuk birthday aku nanti
aku juz harap akan lebih tenang pada bulan ni
tapi xseperti yang dirancang.ingat kan ekonomi
aku akan pulih,habis kan bayar hutang and boleh berbelanja sikit
malangnya keadaan makin teruk dan rasa macam nak menangis.

sekarang ni baru 9haribulan,tp duit kat bank pun tinggal 100,
mana pergi nye duit aku,MARA bagi 500 kot sebulan??
macam mana lah aku nk menempuh hidup selama sebulan berbekalkan 100
untuk sara diri dua orang plak tu...
lagi malang bulan ni pulak si PANDA MERAH aku tu nak sakit
and tesadai kat bengkel.kena pula cari 250 tok betol kan balik.

Dah la miskin pergi kekolej pula jalan kaki,
makin nampak lah pape kedana.
apa lah nasib aku bulan ni,
tu belom fikir hutang yang perlu dibayar
SI PANDA MERAH pun kena bayar tiap bulan
manalah nak cari duit :'(


Duit simpanan tak ada ke??
ha ni saja lah yang ada
nak beli sepinggan nasi pun tak lepas,
terpaksa lah aku berjimat and MAKAN PASIR lah jawab nya


p/s:kepada yang simpati boleh lah hulurkan bantuan untuk meringan kan beban diri ini.


Sunday, January 29, 2012

Apabila "DIA" dan "FUTSAL"..

Dia tu siapa??
itu la manusia begelar lelaki,but this,im talking about my boy
Futsal tu apa pulak??
seperti yang diketahui umum,bermain bola dalam gelanggang tertutup
kalau tak tahu gak cari la di google YEWW..



assalamualaikum 

apa kaitan dia dan futsal.90% ada kaitan nye.
bila dia da taksub sangat ngn futsal sampai gf kat sebelah pun nampak macam bola.
seperti hendak disepak-sepak nye kita ni kan..
but the way tak ada masalah penderaan ye disini.

aku pun tak tahu asal lah tiba2 aku benci sangat dia main futsal sejak akhir2 ni.
asal aku dengar je member dia call ajak main futsal,hati aku panas sangat,
seolah-olah rasa macam dia ber"date" dengan perempuan lain.
(apalah dengan futsal pun cemburu kewww??)

mana tak nyer,hampir tiap petang dia akan main futsal dekat depan rumah,
yang itu boleh terima lagi,
lepas tu malam dia akan pergi main futsal kat gelanggang berayar lak.
bila dikira-kira  hampir 3 4 kali dalam seminggu.

paling bengang dia sanggup cancel balik kampung dengan aku 
semata-mata malam tu dia nak main futsal.
padahal aku dah bagitahu dia 3hari lebih awal
daripada member yang ajak main futsal last2 minit tu!!

AKU ATAU FUTSAL
aku tahu macam agak kejam suruh dia memilih aku atau futsal,
ia ibarat kan aku menghancurkan impian dia untuk menjadi pemain futsal yang hebat.
tapi aku ada perasaan,and aku rasa berHAK untuk menyuarakan itu
(macam ahli parlimen lah pulak)
ni mesti dia tengah pening memikirkan itu
dan kita tengok akhirnya nanti macam mana.


kata-kata terakhir
AKU BENCI DIA DENGAN FUTSAL,
LEBIH DARI 
AKU BENCI DIA DENGAN ROKOK




Monday, January 23, 2012

if i can said " IM SORRY"

sedihnye,tak sangke dia akan meluah kan rasa benci dia dengan aku kat FB..kalau marah,gaduh,merajuk kalau boleh aku taknak  orang tahu,then tak sangka dia tulis at fb 2.aku taklah marah gila2 aku jz marah yg minta dipujuk.tp bila dah baca status dia rasa kecik hati sangat,sambil baca air mata aku tak henti2 jatuh.aku marah sebab aku rindu dia,aku marah sebab aku dah biasa dengan dia,bila dia tak ada aku rasa sunyi,aku marah sebab nak ambil perhatian dia,aku marah sebab aku kan GF dia,aku marah sebab masa untuk aku dengan dia dah semakin sikit..





salah aku ke??
aku ni memang suka marah dia ke??
aku ni mengongkong dia ke??

............................................................................
maaf lah kalau saya yang bersalah
maaf lah awak kalau saya suka marah awak
maaf lah kalau sebab saya hidup awak tak tenang lagi

.............................................................................


to my dear,
sorry honey kalau wat awk rimas,sakit hati,menyampah,benci kat saya ni,saya tak boleh nak kawal perasaan tu,saya tak fikir lain jz fikir awk aje..so saya marah pun sebab terlalu sayang kan awk,kalau alasan ni awk tak boleh terima tak apalah,saya akan biasa kan diri dengan apa juga awk lakukan,tak kisah lah ia menyakitkan hati saya atau pun tidak.saya TIDAK AKAN MARAH AWAK lagi..







Monday, January 16, 2012

Aku Rindu

aku rindu
masa silam aku

aku rindu
budak tabah tu

aku rindu
budak mulut lancang tu

aku rindu
budak tak mandi kalau keluar dengan aku tu

aku rindu
budak jambu tu

aku rindu
budak kambing tu

aku rindu
budak2 yg selalu teman aku mandi gunung tu

aku rindu
encik pencurang yg penah ada dalam hati aku tu

aku rindu
setiap detik bersama korang semua

masa silam akan aku jadikan sebagai kenangan,dan pengalaman dimasa silam itu akan ku gunakan untuk aku terus pandang kehadapan untuk mencari kebahagian dan menyimpan lebih banyak kenangan lagi sebagai seorang yang lebih matang.



kepada insan2 yang aku rindu itu,yang pernah buat aku tertawa mahupun menangis,terima kasih kerana pernah menjadi sebahagiaan dari hidup aku.aku doa kan korang semua sentiasa bahagia.akan aku sentiasa merindui korang semua.