Tuesday, September 25, 2012

Full Episode Drama Adam&Hawa

Salam..hai korang!


Ha dengar tak suara yang mendayu2 kat blog aku ni,aku yakin mesti dah ramai yang tahu,tapi pada yang tak tahu meh aku bagitau.ni adalah OST drama yang tengah meletop sekarang iaitu ADAM&HAWA.Tajuk dia MUARA HATI.Nyanyian Dato Siti NurHaliza dan Hafiz Af.Drama ni diadaptasi dari novel terkenal karya Aisya Sofea dan disiarkan disaluran astro mustikaHD pada hari isnin hingga khamis jam 9malam bermula pada 27 ogos 2012 yang lepas.



SINOPSIS Drama Adam & Hawa:

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

p/s:Credit to ezany-kun





Sunday, September 23, 2012

Taman Botani

Salam..hello!!
wah malam ni saja aku da wat 2 entry.Td aku cerita pasal Trip To Mersing,sekarang aku nak cerita pasal aku pergi mana semalam.ala tak jauh mana pun,area BP juga.pernah dengar SRI MEDAN x?ha aku selalu dengar tapi baru semalam aku pergi.hehe..malu je baru first time pergi :p.Apa ada kat sana,cuma sebuah pekan kecil aje,tapi apa yang menarik kat sana?kat sana ada Taman Botani.Cantik sangat.jakun lah jugak,banyak pasangan pengantin yang photoshoot kat sana sebab ada tasik.indah sangat pemandangannyer. 





 Tengok la background pic aku dengan encik Hubby ni,cantik tak,besar tau tasik ni,lepas tu banyak ikan besar2,ramai lah yang kaki pancing kat sini.
Haha tengok tiga orang dara pingitan duduk ditepi tasiksambil wt muke comel
*yang depan tu comel ke -,-"
 Nampak tak pantulan matahari kat air tu,masa nie time2 matahari nk terbenam,cantik kan? :)



empat jejaka yang tak berapa nak segak yang berdiri membelakangi tasik.SEMUA HOTSTUFF!!
(radhi,nafis,am,faizal)
 We Are Triples couples,first stage (radhi&mira),middle stage(me&en,hubby) and top stage(am&fatin).
haha,saja suke2..chill k,jgn jeles.
when we are together <3
credit to faizal sebab da bawak kiteorang kat tempat cantik ni.
Thanks a lot ya!





Trip to Mersing

Salam,hai....
saja bosan2 so aku nak hupdate blog lah malam ni,story2 memang lah bnyak tapi mls je nak cerita kat korang.tapi da blog ni function tok ditulis so aq share2 la.hehe..apalah aku menyahnyah kan.pendekkan cerita nak story pasal TRAVELING to MERSING anjuran my hubby.hehe.travel lah sgt kn,ni ala konvoi2 motor dan kereta budak2 KPTM.



3 gambar diatas adalah  mereka2 yang sertai konvoi ini,sebenarnya ramai lagi,tapi ada yang belom bangun tidor dan buat benda lain.hehe..sem4 ada sem 5 pun ada.meriah kan :).nampak tak pic kedua tu ada aku.perasan tak??hahaha


haaaaaaaa..nilah antara kenderaan yang telah menjayakan konvoi ini.korang memang superb la.dari 2lejang dan 4lejang,skuter pn sampai beb..dari kancil smpai wira..


nampak.?!oke kami aje kaum wanita yang pergi.actually ada sorang lagi,tapi xberapa sehat..memang layak sangat kan jadi model motor,sweet tak?sweet tak?*ala ala gedik mintak penampar.

apa aktiviti kiteorang buat?aktiviti kuak lentang..haha,aktiviti bebas,ikot suke nk wt apa,tapi ap yang best kiteorang men kayak,mandi pantai,bbq n sesi bergambar mcm ni.chalet pn TERBAIK!!ada astro beyond*tu pn nk cite...kuikuikui

ok thats all for this entry.bye bye bye :D





Tuesday, September 18, 2012

Masa Hadapan

assalamualaikum..hampir pukul 2pagi memang masa yang sesuai untuk umat manusia merehatkan badan menyimpan  tenaga untuk hari esok dan aku pula pada saat ini terasa ingin menaip untuk meluahkan apa yang sedang bermain diminda.apa yang sedang bermain diminda aku??sesuatu yang setiap orang tidak akan tahu iaitu MASA HADAPAN.


Sudah hampir tiga tahun aku meninggalkan alam persekolahan dan tipu jika aku tidak rindu detik2 itu.bersuka ria bersama teman2,tidak bekerja,tiada masalah,hanya cuba membina masa hadapan diatas sekeping kertas.dan benar, sekeping kertas itu membawa sebahagian daripada kami kepucak kejayaan.
masa berlalu dengan pantas,pejam celik hampir 3tahun meninggalkan alam persekolahan dan terbukti banyak perubahan yang drastik dan kadang kala aku tidak boleh terima.


Dan sekarang aku hampir menamatkan semester 5 aku dikolej dan bakal menjalani latihan industri.apa yang berlaku kepada aku selepas itu?menjadi seorang programmer yang hebat?macam samar2 jek..penganggur bertauliah??macam jelas kelihatan..masih buntu untuk menentukan hala tuju hidup sendiri.di sudut hati kecil aku ni,timbul rasa cemburu dengan rakan2 seangkatan dengan aku yang terang lagi disuluh masa hadapannya..ramai yang akan jadi future teachers,sejuk mak korang mengandungkan bakal guru kan.future artist.take note!bkn penyanyi tapi seniman yang cintakan seni sama seperti aku tapi cuma aku berhenti ditengah jalan.how sad kan?.ramai juga rakan2 ku terutama perempuan yang sudah mengikat tali pertunangan dan juga sudahpun berumah tangga,aku tahu suatu hari akan tiba juga masaku dan yang pasti iainya bukan sekarang kerana aku masih mencari cahaya masa hadapan ku untuk dibekalkan pada masa tua dan juga ibubapa ku yang tercinta.


Aku tahu aku tidak layak untuk menjadi seorang guru,seniman,ataupun pegawai bank tapi aku akan pastikan masa hadapan aku adalah yang terbaik untuk diri aku sendiri dan orang yang aku sayang.dan aku akan berusaha untuk itu!.aku berdoa agar ALLAH s.w.t akan memberikan yang terbaik untuk umatnya yang hina ini.


Sedang sibuk memikirkan masa hadapan aku teringat pada rakan karib ku yang sudah kembali kepada maha pencipta yang pasti aku juga akan merasa cuma masa juga yang akan menetukan segalanya.Disini aku titipkan AL-FATIHAH kepada mohd fahmi b.abd razak,semoga rohnya akan dicucuri rahmat.amin.





Thursday, August 9, 2012

1st anniversary

Muka dia,cara dia berpakaian,badan dia ohh semestinya bukanlah lagak seperti lelaki2 macho,hensem seperti di luar sana,bukan juga seperti CRUSH2 pujaan wanita.He's just a ordinary man with a smooth heart,bukan BAPOK ok!.He's is very talkactive person.mybe sebab tempat kelahiran dia di PENANG.mempunyai hyperactive yang kadang kala tak dpat dikawal,kuat makan yang terlampau Seorang yang sangat penyabar melayan kerenah aku,juga mempunyai jiwa seperti aku,mempunyai minat yang sama.sentiase jadi pelindung 
aku and very important he has A BIG HEART FOR ME.

bila baca nampak macam sweet saja kan??ohh tdak!ini bukan cerita FAIRYTALE yang always happies.everyone not perfect sama juga dengan dia dan aku.sometimes dia buat aku marah,and sometimes dia lah tempat aku luah perasaan marah,we fighting,perang mulut,perang emosi and the worst war adalah perang hati.sakit bak hang!

Susah atau senang dia sentiasa ada disisi aku,sakit sihat aku,makan minum aku,sedih gembira aku,as a student 
kami sentiasa kekurangan duit perbelanjaan,hutang keliling pinggang.sometimes aku jeles tgk other girl with new clothes,make up and etc.kadang2 aku salah kan our relations for this and hampir give up.Tapi dia tak pernah berputus asa,he said ni semua dugaan kita masa study,mana tahu dah kerja nanti akan lebih baik dari ni.Dia lah pembakar semangat aku untuk tempuh dugaan ni.cewah!! ayat lebih2 pulak.

Pejam celik pejam celik macam2 dah kami lalui bersama
hampir 3 tahun kami berkenalan
hampir 5 semester kami sekelas
and now after 1.48 am 8/8 2012
genaplah kami bercinta selama setahun
setahun bagaikan 10tahun ceritanya
hahaha
but aku masih sayang dia sama seperti masa mula percintaan kami
malahan bertambah sayang,bertambah rindu
hehehe,macam lirik lagu pulak.
aku berharap perhubungan ni akan berpanjangan walaupun pelbagai dugaan yang harus dilalui.

hope kau adalah bakal suamiku yg dicintai, lelaki terakhir bagiku,imam  kepada sembahyangku,
ayah kepada anak-anakku
dan kaki dimana terletaknya syurgaku

I LOVE YOU SO MUCH NASRUN NAFIS




Thursday, August 2, 2012

Web Programing ^_^

Assalamualaikum
Lama sudah tak conteng2 kat sini.malas nak merapu banyak2 so aku nak cerita pasal WEB PROGRAMING,ni adalah salah satu subjek yang aku ambil untuk sem ni.mula2 tu ingat susah sangat sebab main dengan koding,tapi bila belajar seronok pula.lecturernya pun best aje ajar,bnyak bagi execise kat kelas.aku cakap senang jangn fikir aku hebat dalam programing.setakat buat web aje kot.hehehe




yang kat atas ni lah contoh koding yang aku taip sendiri...makan hari juga lah buat dia,tapi kalau da biasa satu hari dah siap.tengok panjang2 mesti fikir macam mana rupa webpage depan dia kan.ni cuma koding jadual yang boleh keluar kat internet,tapi ni just guna NOTEPAD standard budak2 baru belajar punya.hahaha



ni webpage depan dia,simple tapi koding dia panjang kan..kalau kreatif macam2 lagi kita boleh buat untuk cantik kan page dia.hahaha tu jela cerita nya pasal  WEB PROGRAMING aka HTML aku ni..bosan tak baca entry aku ni.kalau bosan sorry lah yerr :)